Thursday, 10 May 2012

RUMUSAN


Setakat inilah sahaja yang dapat ku ceritakan mengenai Keluarga Ku. Sesungguhnya keluarga ku ini merupakan sumber inspirasi ku untuk terus berjaya. Semua orang harus menyayangi setiap anggota keluarga mereka agar dapat menjalinkan hubungan yang baik sesama anggota keluarga.  Kepentingan menjalinkan hubungan yang baik dengan anggota keluarga adalah bagi memudahkan untuk mendapatkan bantuan pada waktu-waktu kecemasan kerana anggota keluarga lebih mempunyai perasaan bertanggungjawab membantu anggota keluarga yang lain.

Hubungan yang baik juga dapat menjayakan sesuatu majlis seperti majlis kenduri perkahwinan.  Kerjasama daripada anggota keluarga membuatkan sesuatu majlis dapat dijalankan dengan lancar.  Anggota sesebuah keluarga akan meluangkan lebih masa bersama anggota keluarganya dalam menjayakan majlis itu.

Hubungan darah yang terjalin antara keluarga membuatkan setiap anggota keluarga bertanggungjawab menjaga maruah diri dan keluarga.  Walau apa jua perkara yang ingin kita lakukan, kita harus memikirkan tentang akibatnya terhadap keluarga bak kata pepatah Melayu, ‘Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Apabila kita mengetahui tentang sejarah diri dan keluarga, ia akan lebih menginsafkan kita untuk menjaga keakraban kekeluargaan agar tidak terjadi perpecahan.  Hidup dalam keadaan yang aman dan damai dapat dikekalkan jika kita sentiasa bersatu-padu, bertolak-ansur dan bertolenrasi antara satu sama lain.  Hidup mestilah sentiasa hormat menghormati, bermuafakat dengan perasaan kasih sayang atas semangat kekeluargaan kerana ‘Keluarga Ku adalah Syurga Ku’.   

Friday, 27 April 2012

BINATANG PELIHARAAN KU



                
        Binatang peliharaan ku adalah ‘guinea pig’.  Aku mula memelihara ‘guinea pig’ ketika aku berusia 10 tahun.  Ketika itu aku telah mendapat tempat pertama di dalam peperiksaan dan telah meminta ibu ku membelikan aku seekor ‘guinea pig’ sebagai hadiah.  Aku telah membeli ‘guinea pig’ ku yang pertama di sebuah kedai menjual binatang peliharaan di Pusat Membelibelah Mid Valley.

            ‘Guinea pig’ ku yang pertama itu adalah jantan dan aku telah menamakannya Johnny.  Ketika aku membelinya, ia baru berusia satu bulan. Aku masih ingat lagi tarikh aku membeli Johnny iaitu pada 11hb Disember 2006.  Johnny mempunyai campuran bulu berwarna putih, coklat dan hitam.  Johnny adalah seekor binatang yang comel dan sangat aktif.  Sebulan selepas itu, aku telah membeli seekor lagi ‘guinea pig’ betina sebagai kawan kepada Johnny, dan aku menamakannya Jenny.  Jenny adalah seekor ‘guinea pig’ yang comel tetapi pemalu. 

            Empat bulan selepas itu iaitu pada bulan April 2007 Jenny telah mengandung dan tiga bulan selepas itu telah melahirkan 2 ekor anak iaitu seekor jantan dan telah ku namakan Jacko dan seekor lagi betina bernama Jackie.  Sehingga tahun 2011, Johnny dan Jenny telah mempunyai 6 ekor anak iatu 3 ekor jantan dan 3 ekor lagi betina.  Yang jantan bernama Jacko, Snowy dan Coco manakala yang betina bernama Jackie, Strippy dan Jijie.  Coco adalah anak mereka yang paling bongsu.

            Kesemua ahli keluarga ku amat menyayangi ‘guinea pig’ ku itu dan telah kami anggap sebagai sebahagian daripada keluarga kami.  ‘Guinea pig’ ku sangat gemar memakan sayur terutamanya salad dan lobak merah.  Oleh itu setiap pagi dan malam kami akan memberi mereka makan sayur selain dari makanan kebiasaan mereka.  Setiap minggu kami akan membersihkan kandang mereka dan akan memandikan mereka tiga minggu sekali.  Kami juga akan membawa mereka ke klinik haiwan untuk mendapat rawatan jika sakit.  Sekarang kesemua ‘guinea pig’ ku telah mati kerana jangka hayat mereka paling lama boleh bertahan adalah lebih kurang 5 tahun.  Walau bagaimanapun nostalgia bersama mereka sangat indah dan tidak dapat ku lupakan.

Thursday, 26 April 2012

SALASILAH KELUARGA SEBELAH BAPA KU


 Mazlan Yaacob                                 Maizatul Akma
                                        (Pak Long)                                          (Mak Long)


                            Marisya Qistina                          Marisya Kamalina


Muhamad Afif Jazimin

---------------------------------------------------------------------------------------------------


  
   Azman Yaacob                          Junaidah Yunus
                                            (Pak Lang)                                  (Mak Lang)

                        Atiqah Shahirah                       Athirah Nadiah


Hubungan pertalian persaudaraan antara anggota-anggota keluarga kembangan sebelah bapa ku seperti di dalam carta adalah seperti yang berikut :-

a)  Encik Yaacob ialah suami kepada Puan Maznah, bapa kepada Encik  Mazlan, Encik Rosli dan Encik Azman serta datuk kepada Marisya Qistina, Marisya Kamalina, Muhamad Afif Jazimin, Farah Aqilah, Aiman Syazwan, Aida Batrisyia, Atiqah Shahirah dan Athirah Nadiah.

b)  Puan Maznah ialah isteri kepada Encik Yaacob, ibu kepada Encik  Mazlan, Encik Rosli dan Encik Azman serta nenek kepada Marisya Qistina, Marisya Kamalina, Muhamad Afif Jazimin, Farah Aqilah, Aiman Syazwan, Aida Batrisyia, Atiqah Shahirah dan Athirah Nadiah.

 c)  Encik Mazlan ialah suami kepada Puan Maizatul Arma, abang kepada Encik Rosli dan Encik Azman, abang ipar kepada Puan Mariah dan Puan Junaidah, bapa kepada Marisya Qistina, Marisya Kamalina dan Muhamad Afif Jazimin dan bapa saudara kepada Farah Aqilah, Aiman Syazwan, Aida Batrisyia, Atiqah Shahirah dan Athirah Nadiah.

 d)  Encik Rosli ialah suami kepada Puan Mariah, adik kepada Encik Mazlan tetapi abang kepada Encik Azman, adik ipar kepada Puan Maizatul Arma tetapi abang ipar kepada Puan Junaidah, bapa kepada Farah Aqilah, Aiman Syazwan dan Aida Batrisyia, dan bapa saudara kepada Marisya Qistina, Marisya Kamalina, Muhamad Afif Jazimin, Atiqah Shahirah dan Athirah Nadiah.

e)  Encik Azman ialah suami kepada Puan Junaidah, adik kepada Encik Mazlan dan Encik Rosli, adik ipar kepada Puan Maizatul Arma dan Puan Mariah. bapa kepada Atiqah Shahirah dan Athirah Nadiah, dan bapa saudara kepada  Marisya Qistina, Marisya Kamalina, Muhamad Afif Jazimin, Farah Aqilah, Aiman Syazwan dan Aida Batrisyia.

 f)  Hubungan Marisya Qistina, Marisya Kamalina dan Muhamad Afif Jazimin ialah hubungan adik beradik, begitu juga hubungan antara Farah Aqilah, Aiman Syazwan dan Aida Batrisyia dan juga hubungan antara Atiqah Shahirah dan Athirah Nadiah. 

g)  Marisya Qistina, Marisya Kamalina, Muhamad Afif Jazimin, Atiqah Shahirah dan Athirah Nadiah adalah sepupu kepada Farah Aqilah, Aiman Syazwan dan Aida Batrisyia.

SALASILAH KELUARGA SEBELAH IBU KU



                             Zainul 'Abidin                               'Abidah Lassim
                                         (Pak Long)                                       (Mak Long) 



                         Muhammad Taufiq                    Nur Hidayatulliana 


Muhammad Firdaus

---------------------------------------------------------------------------------------------------

                           Musa Lassim                                     Norita Harun
                                        (Pak Cik)                                            (Mak Cik) 


                           Alif Daniel Al-Hafis              Muhamad Harith Haikal                                      


                         Zarith Mukriz Iman                Zarith Mikhail Iman


Hubungan pertalian persaudaraan antara anggota-anggota keluarga kembangan sebelah ibuku seperti di dalam carta adalah seperti yang berikut :-

a)  Encik Lassim ialah suami kepada Puan Aminah, bapa kepada Puan ‘Abidah, Encik Musa dan Puan Mariah serta datuk kepada Muhammad Taufiq, Nur Hidayatulliana,  Muhammad Firdaus, Alif Daniel Al-Hafis, Muhamad Harith Haikal, Zarith Mukriz Iman, Zarith Mikhail Iman, Farah Aqilah, Aiman Syazwan dan Aida Batrisyia.

b)  Puan Aminah ialah isteri kepada Encik Lassim, ibu kepada Puan ‘Abidah, Encik Musa dan Puan Mariah serta datuk kepada Muhammad Taufiq, Nur Hidayatulliana,  Muhammad Firdaus, Alif Daniel Al-Hafis, Muhamad Harith Haikal, Zarith Mukriz Iman, Zarith Mikhail Iman, Farah Aqilah, Aiman Syazwan dan Aida Batrisyia.

c)  Puan ‘Abidah ialah isteri kepada Encik Zainul ‘Abidin, kakak kepada Encik Musa dan Puan Mariah, kakak ipar kepada kepada Encik Rosli dan Puan Norita, ibu kepada Muhammad Taufiq, Nur Hidayatulliana dan Muhammad Firdaus serta ibu saudara kepada Alif Daniel Al-Hafis, Muhamad Harith Haikal, Zarith Mukriz Iman, Zarith Mikhail Iman, Farah Aqilah, Aiman Syazwan dan Aida Batrisyia.

d)  Encik Musa ialah suami kepada Puan Norita, adik kepada Puan ‘Abidah tetapi abang kepada Puan Mariah, adik ipar kepada Encik Zainul ‘Abidin tetapi abang ipar kepada Encik Rosli, bapa kepada Alif Daniel Al-Hafis, Muhamad Harith Haikal, Zarith Mukriz Iman dan Zarith Mikhail Iman, bapa saudara kepada  Muhammad Taufiq, Nur Hidayatulliana, Muhammad Firdaus, Farah Aqilah, Aiman Syazwan dan Aida Batrisyia.
  
e)  Puan Mariah ialah isteri kepada Encik Rosli, adik kepada Puan ‘Abidah dan Encik Musa, adik ipar kepada Encik Zainul ‘Abidin dan Puan Norita, ibu kepada Farah Aqilah, Aiman Syazwan dan Aida Batrisyia, ibu saudara kepada Muhammad Taufiq, Nur Hidayatulliana, Muhammad Firdaus, Alif Daniel Al-Hafis, Muhamad Harith Haikal, Zarith Mukriz Iman dan Zarith Mikhail Iman.

f)   Hubungan Muhamad Taufiq, Nurhidayatulliana dan Muhamad Firdaus ialah hubungan adik-beradik, begitu juga hubungan antara Alif Daniel Al-Hafis, Muhamad Harith Haikal, Zarith Mukriz Iman dan Zarith Mikhail Iman.

g)  Muhamad Taufiq, Nurhidayatulliana, Muhamad Firdaus, Alif Daniel Al-Hafis, Muhamad Harith Haikal, Zarith Mukriz Iman dan Zarith Mikhail Iman ialah sepupu kepada Farah Aqilah, Aiman Syazwan dan Aida Batrisyia.

SALASILAH KELUARGA KU


ROSLI BIN YAACOB
(BAPA KU)



MARIAH BINTI LASSIM
(IBU KU)



FARAH AQILAH BINTI ROSLI
(KAKAK KU)



AIMAN SYAZWAN BIN ROSLI
(ABANG KU)



AIDA BATRISYIA BINTI ROSLI
(DIRI KU)


Keluarga asas terdiri daripada bapa, ibu dan anak.  Hubungan pertalian persaudaraan keluarga ku adalah  seperti yang berikut :-


a)   Encik Rosli ialah suami kepada Puan Mariah, bapa kepada   Farah Aqilah, Aiman Syazwan dan Aida Batrisyia.

b)   Puan Mariah ialah isteri kepada Encik Rosli, ibu kepada Farah Aqilah, Aiman Syazwan dan Aida Batrisyia.

c)  Farah Aqilah ialah anak sulung kepada Encik Rosli dan Puan Mariah, kakak kepada Aiman Syazwan dan Aida Batrisyia.

d)  Aiman Syazwan ialah anak kedua kepada Encik Rosli dan Puan Mariah, adik kepada Farah Aqilah dan abang kepada Aida Batrisyia.

e)  Aida Batrisyia ialah anak bongsu kepada Encik Rosli dan Puan Mariah, adik kepada Farah Aqilah dan Aiman Syazwan.




Tuesday, 24 April 2012

DIRI KU




       Namaku Aida Batrisyia.  Berusia 16 tahun.  Aku dilahirkan pada 6hb Mei 1996 di Pusat Perubatan Subang Jaya.  Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam dan bersekolah agama di KAFA Integrasi Nahdhah Al-Islam, juga di Seksyen 18, Shah Alam  Telah memegang jawatan sebagai Pengawas Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama sejak dari Tahun 1 hingga Tahun 6.   Aku sentiasa mendapat tempat pertama di dalam peperiksaan baik di SK Seksyen 18 mahupun di sekolah agama KAFA Integrasi Nahdhah.  Pernah menjadi pelajar terbaik dalam mata pelajaran Matematik dan Sains dalam tahun 2004 dan pelajar terbaik dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam tahun 2005.  Pernah mewakili sekolah dalam Pertandingan Kuiz Kesihatan Sekolah-Sekolah Daerah Petaling dalam tahun 2007.  Dalam tahun 2008, aku telah mendapat tempat pertama di dalam Pertandingan ‘Public Speaking’ anjuran Panitia Bahasa Inggeris peringkat Zon Daerah Petaling Perdana. Aku juga telah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Menulis Karangan Bahasa Inggeris anjuran KFC dan mendapat saguhati dalam Pertandingan Story Writing Competition anjuran Project ChiLD, Unviersiti Malaya, Kuala Lumpur.  Aku juga telah dianugerahkan sebagai Tokoh Pelajar Tahun 2008 di sekolah agama KAFA Integrasi Nahdhah Al-Islam dan juga memperolehi keputusan 5A di dalam peperiksaan UPSR.  Di sekolah juga aku memegang jawatan sebagai Setiausaha bagi Permainan Badminton, jawatan Ahli Jawatankuasa bagi Kelab Sains dan Matematik dan Persatuan Tunas Puteri. 

Di peringkat menengah pula, aku telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM Bentong, Pahang dari tahun 2009 hingga Mei 2010 kerana selepas itu semua warga MRSM Bentong telah diarahkan berpindah ke MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang kerana berlaku keruntuhan tebing bukit di MRSM Bentong dan membahayakan keselamatan. Aku berada di MRSM Tun Abdul Razak sehingga tamat Tingkatan 3 kerana selepas itu aku telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka bagi mengikuti Program Khas Pelajaran MRSM. Semasa di MRSM Tun Abdul Razak, aku telah dianugerahkan Akademik Gemilang (Penghormatan Pengetua) untuk enam semester berturut-turut.  Aku juga telah mendapat Kelas Pertama semasa Graduasi Menengah Rendah MRSM tahun lepas. Aku juga telah diiktiraf Keahlian di dalam MENSA.  Pernah mengambil bahagian di dalam International Competitions And Assessment for Schools untuk subjek English, Science dan Mathematics yang dianjurkan oleh University Of New South Wales, Sydney, Australia dalam tahun 2010 dan 2011. 

Sunday, 22 April 2012

ABANG KU




      Abangku bernama Aiman Syazwan.  Berusia 17 tahun.  Beliau dilahirkan pada 31hb Mac 1995 di Pusat Perubatan Subang Jaya.  Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam.  Kemudian abangku meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam dari Tingkatan 1 hingga sekarang.

Abangku seorang yang aktif bersukan dan pernah mewakili sekolah rendah di dalam acara sukan bola sepak dan bola baling.  Beliau juga mewakili sekolah dalam acara olahraga.  Begitu juga ketika di sekolah menengah, beliau telah mewakili sekolah di dalam pertandingan bolasepak peringkat MSSD Petaling Perdana. Selain itu, beliau juga telah mewakili sekolah dalam pertandingan ragbi peringkat Bowl.  Abangku juga merupakan pemegang tali pinggang hitam di dalam Persatuan Taekwondo Malaysia.  Walaupun abangku begitu aktif bersukan tetapi beliau rajin membantu keluarga.